“Kenapa Awak Sayang Saya?”
Der, Soklan ni memang satu soalan yg killer la der bg mana-mana lelaki. Soalan yang nampak simple tapi di dalamnya terkandung berjuta-berjuta pengharapan bagi si awek. Kalau silap jawap, memang nahas jawapnya. Dan yg plg tragis, walaupun lelaki tue rasa dah bg jawapan yg betul, tapi kepada si awek, jawapan tersebut tidak mencapai standard & piawaian yg dikehendaki..(saya gelarkan sbg awek bajet HOT..saya cukup nyampah;-P)
Jadi jenis jawapan yang macam mana paling sesuai bagi soalan killer ini? Mungkin tips-tips yg saya bagi di bawah ini mampu membantu lelaki-lelaki di luar sana yang dihujani dengan soalan ini:-
1. Bila si awek tanya je korang soalan nie, jangan fikir panjang terus bagi satu jawapan. Hentam ajerlah jawapan apa pun, x kisah la merapu ker ape. plg penting anda jangan berfikir atau terhenti sejenak untuk berfikir. Itu akan menampakkan seolah-olah korang tengah berfikir “Betul ke aku sayang kat dia nie“. Silap besar tue der..
2. Pandang direct ke mata dia. Tenung macam nak makan si gadis. Eye contact sangat penting. Masa anda bagitau jawapan tue, renung ke dalam mata dia untuk menunjukkan keikhlasan dan keyakinan anda (kita kdg boleh berpura2, alah..bkn awek kita tau pon..hee). Walaupun jawapan anda merapu, saya boleh confirmkan si awek akan terima jawapan anda.
3. Jangan sesekali guna jawapan seperti “Saya sayang awak sebab awak cun” atau “Saya sayang awak sebab body awak hot macam Enot“. Nanti confirm si awek akan counter dengan kata-kata “Oooo, kalau saya tak cun awak tak suka saya la ek?” atau “Nanti saya dah tak hot awak cari pompuan lain la ek?“. Jawapan ini mampu membuatkan anda clash. (KOMPOM CLASH)
4. Jawapan yang bagus ialah menampakkan betapa lemahnya kita tanpa si dia. Contoh jawapan yang bagus ialah “Saya sayangkan awak kerana tanpa awak hidup saya akan sepi (walaupon kdg anda berbohong)“. Nak yang lagi mantap gunakan jawapan “Saya sayangkan awak kerana tanpa awak saya rasa jantung saya nak berhenti berdenyut”. Gunakan ayat-ayat menampakkan anda memang memerlukan dia. Confirm si gadis cair & tersipu2..
5. Kalau anda seorang lelaki kacak, macho dan menjadi pujaan ramai wanita macam Saya (saya yg sdg POYO & PERASAN...ha3!!), gunakan ajer jawapan nie. “Saya sayangkan awak sebab awak sayangkan saya“. Tapi pastikan anda betul-betul kacak tahap gaban dulu. Kalau tak confirm tak kan jadi.
6. Secara jujur jika saya yg dpt soalan camtu dari mane2 gadis, saya tak akn ikut teknik yg saya suggest utk anda sume, saya jenis yg slumber, saya akan jawab camnie "saya syg awk sb body awk mmg HOT n abah awk org kaye, saya mmg teringin sgt nk mewarisi harta abah awk" saya ciap BOLD lagi ayat tue utk memberi galakan anda sume supaya mencuba..hee..insyaalah anda bakal menjadi single serta merta..hik3;-P



0 comments:
Post a Comment