Cuba anda sume bayangkan, Di suatu petang yang hening, semasa anda sedang berjalan-jalan melayan jiwa sunyi sepi di Midvalley, tiba-tiba anda ternampak seorang awek yang tersangatlah comelnya. Selaku seorang lelaki single, jantung anda terus berdenyut kencang. Kecantikkan, kecomelan, keayuan, kesopanan dan ketatasuliaan gadis itu memang benar-benar mencabar naluri jantan romeo anda...
Tapi yg jadi masalah utama org laki ialah macam mana nak tebalkan muka dan pergi mengorat si dia yang sedang keseorangan tue? Takkan nak main hentam kromo je kan? Jadi saya sharekan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk anda memulakan langkah pertama mengorat awek-awek di shopping kompleks..

Ada kisah benar di sebalik teknik ini. Saya pernah mencuba, saya telah ternampak seorang awek yang sekali tengok rasa nak tengok 100 kali lagi di Midvalley. Serius awek tue tersangat comel dan cute. Lama gak la saya ushar kecomelan dia sambil membina keyakinan diri untuk terus menegur si awek. Akhirnya dengan selamba badaknya saya telah pergi dan berkata:-
Hi, boleh saya berkenalan dengan awak
Dan jawapan yang diterima daripada si awek:-
Tak boleh
Ciss..Haram, ( mencarut dalam hati..hee) Jawapan yang simple & padat serta memalukan diri saya yg hensem ini. Tapi itu ketika kali pertama saya mencuba, tak PRO lagi..utk kali yg berikutnya saya dh cukup bagus menegur & mengayat awek sehinggakan dlm satu bulan saya dapat 3 janda & 2 Anak Dara..hee;-P
2. Offer tiket wayang free kepada si awek
Teknik ini hanya applicable jika anda berada di kawasan panggung wayang sahaja, Katakanlah anda ternampak seorang awek hot & burger-tah sedang beratur panjang membeli tiket dan anda pulak sudah berada di kaunter. Beli terus 2 keping tiket. Kalau boleh couple seat terus. Kemudian tebalkan muka anda dan pergi bertanya kepada si awek. Mungkin ayat di bawah boleh digunakan:-
Hi. Saya ada satu tiket lebih nie. Kawan saya yang janji nak tengok wayang dengan saya sekali tak jadi datang pulak cz dia temankan abah dia gi bersunat (hee..gilerr la der, bohong sgt ni abah anda dh berumur baru nk sunat..ha3!!), Disebabkan pembaziran itu amalan syaitan, boleh tak kalau awak temankan saya tengok wayang nie? saya janji x raba awk dlm panggung..hee, ayat yg saya bold tue jz ckp dlm hati jer, jgn lafazkan..ha3!!;-P
Sila pastikan yang si gadis tue betul-betul seorang diri & tiada BF disisinya sebelum anda mencuba teknik ini. Kalau anda tersilap langkah, mungkin penumbuk akan singgah di muka anda..padan muka;-P
Teknik ini memang selalu diguna pakai oleh lelaki-lelaki terutamanya student universiti termasuk UM. Tapi risikonya agak tinggi sebab kalau si awek tue jenis melantak, parah gak la duit PTPTN anda nanti. Peratusan untuk berjaya jugak agak kurang kerana mungkin si awek akan berlalu pergi begitu sahaja selepas mengetahui makanannya telah dibayar, Jadi pastikan anda tinggalkan nombor telefon anda di kaunter dan mintak tolong cashier tue paskan kepada si awek. Mana tau nasib anda baik dan si awek akan sms anda untuk mengucapkan terima kasih, tp kalau betol la awek tu sombong gilerr & tak layan anda, sila kejar awek tersebut sampai dpt & mintak dia bayar balik berapa yg anda bayarkan utk awek tersebut, kalau la dia x cukup duit di ketika itu, suruh dia bank in dlm akaun anda bila dia ada duit..hee (bapak kedekut) ;-P
Pastikan anda semua applikasikan teknik ini di kala lawatan anda ke shopping kompleks nanti. Kalau berjaya anda mmg hebat. tapi Kalau kena flying kick ngan si awek saya ucapkan takziah utk anda... All the best sume..



0 comments:
Post a Comment