Afgan-Bukan Cinta Biasa


Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku

Cinta ku bukan cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku


Lirik Pilihan2

Artis : Unic
Album:Langkah Tercipta 2009
Lagu; Bicara Tentang Cinta


Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa

Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..

Kaedah Mendinding Diri

Pendinding Dengan Al-Muawwizat

Al-Muawwizat Bermakna Pelindung2, Ia Terdiri Dari 3 Surah Iaitu:

1.Surah Al-Ikhlas
2.Surah Al-Falaq
3.Surah An-Nas

Cara Beramal Dengan Al-Muawwizat Adalah Seperti Berikut:

1.Unjurkan Kaki Ke Arah Kiblat
2.Mengangkat Tangan Seperti Berdoa
3.Baca Ayat2 Al-Muawwizat Hingga Selesai
4.Tarik Nafas Kemudian Tiup Pada Tapak Tangan Sehingga Habis Nafas
5.Tarik Sikit Nafas Kemudian Tahan Nafas Sambil Menyapu Tapak Tangan Keseluruhan Anggota Bdn Y Boleh Dicapai Kecuali Alat Sulit.
6.Lakukan Sekali Sebelum Tidur& Selepas Subuh Setiap Hari.


Sumber Bahan: Buku Ihktiar Penyembuhan Penyakit Tuan Guru Dr. Harun Din.

Tokoh2



Imam Syafie ialah seorang yang cantik rupa parasnya, badannya tinggi serta tengkoknya jinjang. Warna kulitnya hitam emerahan, suaranya merdu dan baik sebutan, manusia menangis tatkala mendengar pembacaan al-Quran daripadanya. Imam Syafie tidak banyak membelanja untuk pakaian.

Imam Syafie seorang yang mengetahui tentang ilmu kedoktoran dan seorang yang cekap menunggang kuda. Imam Syafie ialah seorang yang cekap pemikiran, kuat fahaman serta luas pandangan dan fikiran.
Imam Syafie seorang yang sangat fasih lidah, luas penerangan serta kuat iman. Beliau juga seorang yang bijak dalam syarahan. Imam Syafie juga seorang yang sangat luas pandangan serta sangat mengetahui rahsia jiwa-jiwa.

Permata Hati: Jadikan Imam Syafie Contoh Dlm Kehidupan..

Buku Pilihan1


Aduhai para Bidadari Syurga... Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tak bisa digugah. Dalam kehalusan jemarimu, tergenggam utuh janji abdi pada yang Esa. Dalam penuh rasa malumu, suaramu mampu menggegar dunia.

Sebuah buku terbitan Hijjaz Records Publishing yang ditulis oleh Munif Ahmad. Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Bidadari2 syurga. Bagus untuk menjadi tatapan muslimah2 yang ada diluar sana, dalam menggamit cinta Illahi.

Buku ini dimulakan dengan kisah hikayat Adam dan Hawa sehinggalah kepada penantian Ainul Mardhiah, Bidadari yang diciptakan khusus bagi seorang pemuda yang mati syahid. Bukan saja bagus untuk muslimah, tp Muslimin juga digalakkan untuk membacanya.

Permata Hati:Jadi, bolehlah pergi menjengah2 kedai buku yang berhampiran untuk mendapatkan buku ini. Selamat membaca.. =)

Lirik Pilihan1

Rimbun Keampunan

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan Kerana keinginan tidak pernah kesampaian Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan Melerai segala kusut dan kecamuk dihati Ku cari kejernihan di segenap ruang maya Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Lirik Lagu Hijjaz, Album Pelita Hidup3..

Hadis Pilihan1


Nabi saw bersabda;

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Surat Kepada Celcom

Surat Ni Aku Jmpe Kt Web Mane Tah..Saja Nk Kongsi..Kita Saksikan Sme2 Kbodohan Nya..

Ini Antara Isi Surat Y Asli..

Saya Ishak Bin Ismail ingin menyampaikan satu rahsiah rasiah kepada encik. Saya pernah melihat budak sekolah SSA iaitu Sekolah Sultan Alauddin di Bukit Besar. Saya melihat bukan dari mulut orang tetapi dari saya sendiri. Nama yg saya sebut ini encik tolong tahan dia kerana dia pernah berbuat macam-macam kes.

Nama yang pertama: Amyrul Bin Azmi dia pernah minom arak, mencuri Motosikal dan bayak lagi.

Nama yg kedua : Sallehhuddin Bin sapeye, dia pernah melakukan perkara yang sama dengan Amyrul.

Nama yg ketiga : Faizal Bin Rahman dia pernah merogol, mencuri Kereta dan merompak.

Nama yg keempat: Rafi Bin Rahman dia pernah merogol, mencuri lori dan memukul kereta saya sehingga pecah.

Itu saja yg saya tahu. Saya akan bayar RM1juta kalau encik ikut perintah saya mereka semua dari kelas satu UKM. Encik jangan bagi tahu yang saya yg bagi tahu encik!!!

Setika surat ini sampai ke tangan encik, encik tolong pergi sekarang itu jugak ok.

#Ini Lah Surat Paling Tepat Tatabahasa Pnh Aku Bce..Hee..

Komen Aku:

1.Npe Kepada Celcom?? Mcm La Celcom Tu Polis...

2.Tulisan Ko Pon Buruk..Benci Aku Tgk..

3.Eja Rahsia Pon Salah..Mmg Kt Kmpong Ko X De Tadika Ker?? Hee..

4.Mase Ble Plak Mlihat Ngan Mulut?? Bengong Sguh..

5.Plg Aku Pelik, Sgop Bg Celcom 1 Juta Swoh Tgkap..Byk Sgt Duit Ko Ishak Yea?? Hee..

Permata Hati: X Nk Komen Dh..Sakit Hati..

Jenaka3


Rumah terbakar

Seorang lelaki tua yang sedang bergunting rambut terkejut apabila tiba-tiba pintu kedai gunting itu dirempuh. Yang rempuh ialah lelaki muda, dan kemudiannya menjerit, "Minhat! Cepat balik, rumah engkau terbakar!!!"
Apa lagi, lelaki tua itu pun terjun dari kerusi, terus berlari ke rumahnya, 100 meter dari situ walaupun rambutnya belum siap dipotong dan di dagu penuh dengan buih pencukur. Dia pun berlari, berlari dan berlari macam lipas kudung. Tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya, lelaki tua itu tiba-tiba berhenti. "Eh... kenapa aku lari balik ni? Nama aku bukannya Minhat!"

Permata Hati: Bangang Jugak Kn..Smpai Nme Sndri X Igt..Huh!!!! Klu Anak Aku Wat Prngai Cmni..Mmg Aku Siram Ngan Air Panas..

Tokoh1





Biodata Ringkas
Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka

Pendidikan:
• Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936
• Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
• Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
• Universiti Deobond, India – 1952.
• Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Pekerjaan:
• Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
• Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
• Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
• Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
• 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
• 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
• 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
• 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
• 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
• 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
• 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
• 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:
•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan.
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.


Permata Hati: Tok Guru Jz Sbg Contoh..Iktibar Kt Cini, X Kisah Sapa Pon, Asalkan Org Tu Ulama, Hormat Lah Kita Padanya..

Jenaka2


Kejutkan Saya...

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"

Permata Hati: Bangang Punya Suami Isteri....

Jenaka1


Kisah Y Mencuit Hati..

Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"
Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."


P/S..Sumpah Aku X Pnh Wat Keje Bodoww Camni..Jgn Tiru Budaya Ini..

Kepastian Y Dijanjikan


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Selawat Dan Salam Utk Rasul Junjungan..

"Syurga yg dijanjikan,
Bukanlah suatu khayalan, Ttg nikmat berpanjangan Illahi, Neraka yg trcipta, Menghimpun azab derita, Tangisan kesengsaraan insan.. Syurga, adalah kelazatan, terbentang buat hamba beriman, yang kasihkan Tuhannya, yang kasihkan Rasulnya, yang kasih Agamanya... Neraka, Tempat kedukaan, angkara kedurjanaan insan, yang lupakan Tuhannya, yang lupakan Rasulnya, yang lupa Agamanya... *(Petikan lirik lagu Inteam-Kepastian)

Kepastian! Segala janji2 Allah yang telah termaktub di dalam Al-Quran adalah suatu kepastian yang telah ditetapkan. Samada kita sedar atau tidak, Qiamat semakin menghampiri kita. Kematian juga semakin menjengah kita.. Namun adakah diri ini sudah bersedia untuk menghadapi kedatangannya yang tidak diundang? Tanda2 Kiamat sudah terlalu banyak yang telah terjadi. Hanya menantikan saat bumi dan alam ini hancur.
Apakah nasib kita, seandainya semasa maut datang menjemput, kita belum bersedia untuknya? Dan kita juga sedang leka diulit keindahan dunia yang hanya sekadar khayalan? Sibuk dengan wang, pangkat, wanita dan sebagainya? Kita tidak akan pernah tahu, adakah telah cukup segala amal kita untuk mendapatkan ganjaran Syurga-Nya, atau belum...

Ya Allah, aku berdoa.. Andai nyawaku hanya sampai disini sahaja, Izinkanlah aku pulang dengan kegembiraan yang menanti di sana, Bukanlah kepulangan yang menanti dengan azab siksaan Kubur dan neraka.. Na'uzubillah.. Kerana azabnya teramat pedih dan tidak termampu untuk ku tanggung.. Aku rindukan pertemuan dengan-Mu Ya Allah, Aku rindukan syurga-Mu Ya Allah, Aku rindu untuk bertemu dengan Rasul-Mu Ya Allah.. Izinkan aku bertemu dengan-Mu dalam keadaan yang Kau redhai Ya Allah.. Ampunkan dosaku Ya Allah.. Perkenankanlah doaku ini Ya Allah, Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin.. Wallahua'lam.. Wassalam..

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab


Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi:

Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:

Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah:

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajari kita nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Sekian Utk Bab Doa..

Asmaul Husna

Waktu Itu Emas

Counter

About Me

My photo
Student Um-Pendidikan Islam-Akademi Pengajian Islam..

About this blog

Shout Mix


ShoutMix chat widget

Ping Box

My Blog List

Followers